★ Cerita Imaginasi Aku :D;
Wednesday, February 16, 2011 | Wednesday, February 16, 2011 | 0 notification(s)
Bintang Paling Terang <3
Mika : Hara (Kara)
Faiez : Gi Kwang (Beast)
Emir : Jun Hyung (Beast)
Zetty : Seohyun (SNSD)
“Faiez! Cepatlah! Kang kena denda lagi!”
jerit Mika kerana sudah lama menunggu.
“Sabarlah!” Faiez membalas dengan nada yang tinggi.
Mika tersenyum kerana dia sudah dengan biasa dengan keadaan ini.
Kelihatan Emir menghentak-hentak kakinya kerana tidak sabar menunggu.
“Jom ke sekolah!” Faiez terus memakai kasutnya dengan gopoh.
“Lain kali, kitorang tinggalkan kau terus tau!” Mika bersuara sambil berlari.
Mika, Faiez dan Emir rapat sejak dari dulu lagi. Diorang buat semua benda sama-sama. Faiez dan Mika tinggal bersebelahan, rumah Emir pulak kat belakang rumah Hani.
“Eh, esok Valentine Day kan?” suara Scha terngiang-ngiang di telinga Hani. Scha merupakan kawan perempuan Hani yang hampir tahu kesemua rahsia Hani memandangkan diorang dah berkawan sejak sekolah rendah.
‘Aku nak bagi kat mamat tulah!’ tekad hati Mika.
Esoknye, ketika waktu rehat di sekolah, Mika letakkan coklat buatannya di bawah meja idaman hatinya. Emir pula memerhatikan gelagat Hani dari jauh tanpa pengetahuan Mika.
Malam tuh macam biasa, Mika akan mengintai ke tingkap untuk melihat bintang mana yang paling terang. Tiba-tiba, Faiez menjerit dari rumah sebelah, “Tengok bintang ke?!” Mika menjelir lidah sambil mengangkat tangannya ke arah langit. “Kau tengok tuh, bintang yang paling terang tuh. Kau ingat tak?” soal Mika, “Kenapa dengan bintang tuh?” tanya Faiez pula. Hani menunjukkan muka tak puas hati lalu masuk ke dalam bilik. Faiez bengang.
‘Sampai hati dia lupa bintang tuh bintang kitorang. Bintang persahabatan kite,’ bisik hati Mika.
Esoknya, Mika, Faiez dan Emir pergi ke sekolah seperti biasa.
“Mika, ade budak baru masuk sekolah kite tau!” Scha mengejutkan Mika dari lamunan.
“Kelas mane?” tanya Mika,
“Kelas sebelah kite laa, chun seyh budak tuh! Zetty namenye!” Mika hanya tergelak mendengar kata-kata Scha. Mika tidak menduga apa sebenarnye yang akan terjadi.
Loceng sudah berbunyi menandakan waktu sekolah sudah tamat ~
“Mika,” panggil Emir.
“Kejaplaa, tunggu Faiez,” kata Mika.
Hampir sejam diorang tunggu Faiez kat pagar sekolah,
Akhirnye Mika mengalah dan pulang berdua bersama Emir.
Petang tuh, Mika pergi ke rumah Faiez, Puan Ani (Ibu Faiez) mengatakan bahawa Faiez sudah keluar bersama temannya.
‘Keluar dengan sape pulak nie? Emir ke?’ terdetik di dalam hati Mika. Mika terus pergi ke rumah Emir, kelihatan Emir sedang tidur di ruang tamu.
“Emir!” jerit Mika,
“Aduhh, ape? Kacau aku tido aje laa,” kata Emir yang masih mamai.
“Faiez pi mane? Aku risau laa beb,” kata Mika sambil tertunduk.
“Alaa, dia dah besar panjang. Takkan hilang laa,” kata Emir.
Mika hanya tertunduk diam.
Tiba-tiba Emir bangun dan masuk ke biliknya. Kelihatan Emir menukar pakaiannya dan menuju ke arah motosikalnya.
“Woi, nak ikut cari Faiez tak?” tanye Emir lalu menyarungkan helmetnya.
“Nak!” jerit Mika sambil tersenyum lalu naik ke atas motosikal Emir.
Emir menunggang motosikalnya ke pekan, Mika masih kelihatan risau.
Tanpa diduga, kelihatan Faiez keluar dari panggung wayang bersama seorang gadis yang dipimpin tangannya oleh Faiez.
Emir terus memecut pulang ke rumah, Mika pula terdiam dengan seribu makna.
“Kao oke tak?” tanya Emir kepada Mika.
“Oke. Aku masuk rumah dulu eh,” dengan lemah longlai Mika terus masuk ke dalam rumah.
Sejak hari tuh, Faiez sudah mula berjauhan dengan Mika dan Emir. Mika terus memendam perasaan kecewanya.
Satu hari,
“Faiez, kao dengan Zetty sekarang?” tanya Emir,
“Ha’a, hehe. Kenape?” tanye Faiez.
“Sejak bile?” tanye Emir.
“Seminggu lepas, tapi aku dah start minat dia sejak dia masuk sekolah kite,” kata Faiez sambil tersenyum.
“Zetty eh. Ape bagus sangat ke budak tuh?” tanya Emir lalu mengejutkan Faiez.
“Pehal kao ha?!” tanya Faiez dengan nada yang tinggi.
“Kao tuh pehal?! Kao tak nampak ke ade orang yang care dengan kao sejak dulu?! Kao da bute ke ape?! Setakat Zetty tuh, aku tao laa. Kao dengan dia memang tak lame!” jerit Emir.
Tiba-tiba Faiez melepaskan tumbukkan di muka Emir.
“Kao bodoh Faiez!” jerit Emir dan berlalu pergi.
…
Malam tuh :
“Kao gado lagi ke Emir?” tanya Mika sambil menuamkan ais di pipi Emir yang bengkak. Emir hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba terdengar ketukan di pintu. Mika terus membuka pintu rumah Emir, kelihatan Faiez sedang berdiri di hadapan Mika.
“Faiez? Ade ape?” tanya Mika dengan senyuman yang tidak pasti maksudnya. Faiez masuk ke dalam rumah Emir dan menuju ke arah Emir yang sedang berbaring di sofa.
“Aku mintak maaf Emir. Aku mintak maaf Mika. Sejak aku couple dengan Zetty, aku dah mule lupe dengan korang.” Kata Faiez sambil melutut.
“Eh, takpelaa Faiez,” kata Mika. Manakala Emir hanya berdiam diri.
“Aku pun nak mintak maaf sebab tumbuk kao petang tadi,” kata Faiez. Mika terkejut dan menjeling ka arah Emir.
“Korang bertumbuk?! Kenape nie?!” tanya Mika. Faiez dan Emir mendiamkan diri.
“Emir, betul cakap kao. Aku dah tao perangai sebenar Zetty. Aku dah putus dengan dia,” kata Faiez. Mika bingung,
“Kao bute Faiez, kao tak nampak orang yang ade dengan kao,” tiba-tiba Emir bersuara. Mika terdiam dan terus meluru keluar dari rumah AEmir tanpa bersuara.
“Mika sukekan kao. Kao bute ke? Sape yang jage kite selama nie? Mika tao tak! Kao bertuah sebab dia sukakan kao. Kalaulah aku orangya, aku akan hargai dia. Kao tuh bodoh!” kata Emir.
“Amende kao cakap nie?!” Faiez mula hilang sabar.
“Dengar eh, sape yang jage kao mase kao demam dulu? Mase mak dengan ayah kao takde kat rumah? Mika kan? Mika sayang kao Faiez. Dia yang letakkan coklat bawah meja kao sempena Valentine’s Day hari tuh. Dia yang sanggup tunggu kao sampai sejam kat pagar sekolah! Dia yang risaukan kao bila kao takde kat rumah. Rupa-rupanya kao dengan Zetty tuh! Mika kecewa, kao dah lupekan kitorang. Tapi? Dia masih berlembut dengan kao. Kao nie memang laa!” tiba-tiba Emir melepaskan tumbukan di pipi Faiez.
Faiez mula hilang sabar, tapi tumbukannya tidak sanggup dilepaskan lagi kepada sahabatnya. Faiez terus keluar, dan meninggalkan Emir. Faiez terus berlari ke rumah Mika. Kelihatan Pn Sue (Ibu Hani) sedang bersiap-siap ke suatu tempat.
“Aunty, Mika ade?” tanya Faiez. Tanpa diduga, itulah hari terakhir Faiez berjumpa dengan Mika. Mika telah dilanggar sebuah lori semasa berlari pulang ke rumah dari rumah Emir. Pn Sue sedang bersiap untuk pergi ke hospital.
…
Faiez suka memerhati bintang pada waktu malam. Dia takkan lupa bintang yang paling terang di langit itu milik Mika dan dia selamanya. Kelihatan Mika seperti sedang tersenyum sambil menjelir lidah ke arahnye.







- Introduction - 




