Everlasting;


Contest Aku Dan Si Dia ♥ by Bedah, Dinni, Izza & Wani;
Monday, January 9, 2012 | Monday, January 09, 2012 | 0 notification(s)
Link cik Irdina : SINI!

Hai. Terjumpa contest ini di blog Tyyra dan sangat mengada untuk join. Kalau nak join sekali sila tekan di link ya. Segala follow dan like sudah dipenuhi dan tinggal taip je ni >.<


Seriously kitorang takde gamba yang sweet mana pun. Gamba di atas pun sangat sengal. Dan ya dia tak pernah sentuh saya sepanjang berkawan dan saya sayang dia sebab dia sangat hormatkan saya ♥

Bila orang tau pasal kitorang, mostly diorang akan cakap, 
"WHAT?!", 
"Bukan dia pendiam ke?", 
"Siapa ajak couple?!"

Dia tak pernah ada gf dan saya gf pertama dia. Banyak benda pasal dia buat saya gila. Dia sangat comel dan sangat funny. Dia bukan seorang yang romantik tapi dia sangat ikhlas. Dia tak pernah marahkan saya dan selalu diam bila marah. Dia suka gelak ikut suka dia dan itu sangat comel. Ya, family dia tau dan family dia tak kisah. Saya pernah buatkan kek batik untuk dia dan dia cakap dia tak pernah rasa asyik nak makan kek batik macam ni. Pujian? Suka? Omaiii, mestilah! Even mak dia cakap okay, itu betul-betul buat saya lagi happy :)

Kitorang couple pada 23/11/11 dan masa tuh cuti sekolah. Bila dah naik sekolah, masing-masing segan nak tegur dan cuma senyum dari jauh. Alhamdulillah, kelas pun sebelah-sebelah je sekarang. Bila ada kesempatan. nanti mulalah nak intai dari luar. Ya, dia sangat comel bila senyum.

Baru-baru ni dia kemalangan. Dia bawa motor dan kereta ALPHARD yang hentam dia. Nasib baik dia tak patah riuk. Dia pun bawak akak dia masa tuh dan akak dia elok je. Lepas cuti tiga hari, dia naik sekolah dengan senyuman dan buat hati sangat tenang. Dah beberapa kali kitorang nak jumpa tapi tak jadi. Dia pernah tanya saya perasan ke tak bila nak jumpa je mesti ada benda buruk jadi? Sebelum ni pun dia terjatuh masa main futsal dan kaki dia jadi bengkak sampai dia kena pergi mengurut berhari-hari. Oh,

KENAPA TANYA MACAM TU?

Mungkin dia start rasa nak tinggalkan saya atau rasa saya ni bawa sial aje. Tapi tak, dia jawab

"Ada hikmah di sebalik semua ni. Mungkin Allah nak yang terbaik untuk kita berdua,"

Ayat tuh memang saya takkan lupa sampai bila-bila. Mungkin ya, hubungan ni tak perlu nak tunjuk dengan sentuhan atau kata-kata manis. Sayang sudah mencukupi. Terima kasih sebab selalu ada dengan saya.


Muhammad Shariffudin Shaufi , ILY ♥

Tag : Syada dan Ca :)

|


Me; Them; Him; Story;


FollowDashboard