Everlasting;


Please Trust Me !;
Tuesday, January 3, 2012 | Tuesday, January 03, 2012 | 0 notification(s)
Assalamualaikum.

girl, sad, snow, thinking

Dalam pukul 1pagi aku gayut dengan dia sampai pukul 2pagi. Sekejap je sebab battery phone aku dah low. Mula-mula okay, tiba-tiba dia tanya sesuatu yang buat aku tak tahan dan ya, aku MENANGIS. Pertama kali whoa aku nangis kat dia. Benda ni bukan salah dia, tapi salah aku. SEJARAH HITAM AKU. Dia pun terkejut bila aku nangis dan cuba pujuk aku. Tapi benda ney bukan senang nak hilang wak :’(

Aku menangis lama jugak. Aku cuba tahan tapi air mata tak berhenti mengalir. Bila bercakap, suara tersangkut-sangkut. Sies, aku tak tahan. Aku dah lama pendamkan benda ni. Aku tak nak ingat tapi gila lah kalau aku boleh lupa semua nie.

Aku : Opie rasa Hani ni perempuan murah ke?
Dia : Tak. Opie tak pernah rasa Hani macam tu. Betul,
Aku : Sebelum kita kawan?
Dia : Betul, Opie tak pernah terfikir macam tuh. Dah lah Hani. Opie minta maaf. Semua salah Opie. Opie tak patut tanya,

Aku masih menangis. Masing-masing terdiam. Aku tahan suara aku dan cuba nak tanya lagi.

Aku : Opie rasa Hani takde maruah ke?
Dia : Tak Hani. Betul Opie tak pernah rasa macam tuh. Janganlah macam ney,
Aku : Tapi semua orang cakap. Hani tak tahan,
Dia : Siapa cakap?
Aku : *****, budak laki kelas,
Dia : Diorang cakap apa?
Aku : Dia cakap, JAGA MARUAH,
Dia : Peh, kurang ajar mulut dia,

Apa semua nie kan? Ya. Aku dilabel macam tuh sejak akhir tahun 2010 sampai 2011. Itu yang buat aku tekad masuk kaunseling walaupun susah. Sebenarnya, ada pembetulan. Bukan semua budak laki kelas aku cakap macam tuh. Segelintir ja, geng pak ustaz. Ya, diorang MULIA, aku HINA. Kan?

“Cikgu Hashimah Yon cakap, jangan layan apa orang cakap. Biar je diorang nak fitnah ke ape. Yang penting belajar rajin-rajin. Bila kita berjaya, semua benda tak baik pasal kita hilang. Semua orang yang cakap kita tuh diam. Dapat 8A PMR, 10A SPM, masuk U. Tapi Opie, Hani dapat 8A. Kenapa semua cakap lagi? Tak berhenti pun?

Aku nangis lagi. Aku cakap dalam nada sebak gila-gila, tersangkut-sangkut. Aku tau aku buat dia serba salah. Dia cuba nak pujuk, tapi tak mungkin aku akan baik dengan cepat.

Opie : Siapa cakap kat Hani?
Aku : Kalau tak cakap, takkan Opie tanya, kan?
Opie : Itu dulu. Sebelum kita kawan. Opie dengar-dengar je. Opie tak ikut siapa-siapa. Kalau salah? Dah dikira fitnah. Fitnah kan lagi teruk daripada membunuh?
Aku : Opie rasa Hani macam tuh ke sepanjang kita kawan?
Opie : Tak. Opie tau tak. Hani bukan macam tuh,

Aku cuba cari semangat baru. Aku tau susah nak mula hidup baru lepas aku dah ‘jatuh’ dulu. Kes ni berat sangat dan aku tau takkan ada boleh terima aku. Aku tau semua salah aku. Tapi tolonglah percaya, aku tau salah aku kat mana dan bukan seratus-peratus salah aku. Cuma YA, AKU BODOH. Aku percayakan Ak*** yang aku anggap macam saudara aku sendiri. Aku rasa aku takkan mudah percayakan sesiapa lagi sekarang. Dan ya, aku kuat nangis sangat-sangat masa aku kena kes nie. Tapi lama-lama benda nie buat aku matang dan aku dah tak takut lagi, InsyaALLAH. Cuma, TOLONG PERCAYAKAN SAYA :')


Perbualan semalam :

Aku : Tadi Hani bukak FB Opie.
Opie : Ya?
Aku : Hani baca IM Opie dengan awek.
Opie : Awek mana pulak? Opie baru online tadi je kot?
Aku : Habes, yang i-love-you segala tuh ape?
Opie : Ha?
Aku : Takpayahlah. Hani dah baca.
Opie : Eh, betul lah. Opie mana ade chat dengan sape-sape. Opie cakap betul ney
Aku : Habes? Hani baca tau tak. Hani dah baca. ‘baby’ lah ape lah. Ape ney?
Opie : Ish, mane lah Opie tau.
Aku : Eh, dah tuh takkan tiba-tiba ada? Hani dah baca. Hani sabar je dari tadi tau tak?
Opie : Ish, bodoh lah.
Aku : Ape yang bodoh-bodoh?
Opie : Opie tak cakap Hani, Opie cakap Opie.
Aku : Hmm! Bermesra dengan Azwan Saat? *gelak*
Opie : *diam kebengangan*

HAHA, suspen kan? Okay, aku gurau je dengan dia dan dia bengang gila. Sampai nak menanges aku kenakan dia. HAHA, tapi betul wehh! Aku bukak FB dia, aku baca IM dia dengan Azwan. Pehh, mengancam. Okaylah, diaorang lelaki dan diorang bergurau. Tapi, gila ah! Tak leh blah. Aku baca punyelah geli, tapi funny. Setakat ney, Alhamdulillah kitorang tak pernah gaduh pasal orang ketiga sebab aku percayakan dia dan dia percayakan aku. Ecehceh, sayang kau lah pendek.

Caption : CALENDAR EPOP 2012!

Happy gila dapat beli Epop. Bak kata mak, Epop bukan jual majalah tapi jual kalendar! Wee, besar gila kalendar sehh. Hope 2012 jadi tahun yang lebih baik! Ya Allah, AMIN! :))



|


Me; Them; Him; Story;


FollowDashboard