Everlasting;


Tickling Thursday :D;
Thursday, January 19, 2012 | Thursday, January 19, 2012 | 0 notification(s)
Assalamualaikum. Hai, petang Khamis ni sangat memenatkan tapi seronok! :DD

amor, beijo, casal, couple, kiss

Awak, tadi saya kena nganjing satu kelas sebab awak tau. Kay fine, sebab saya jugaklah mengada nak ajak kelas sebelah. Bila cikgu tanya, "Kenapa nak ajak kelas sebelah? Ada pakwe awak ke kat sana?". KANTOI, semua cakap "Ha'a,". PADAN MUKA KAU HANI -_- Btw, saya suka tengok awak senyum hari ni. Makin lama makin comel, lol. Awak lambai tadi, buat awak nampak laaagi comel, kuikui. Awak, awak. Saya duduk tempat awak kejap tadi dan saya bukak buku Add Math awak. Alamak, lagi kemas dan lengkap dari saya. Fuhh, nak pinjam boleh? ^^

Syukri : Penat aku jalan kat blok ni, takde dapat idea menarik pun.
Semua : (mendengar)
Syukri : Semua kat sini tak reti tutup lampu, kipas!
Aku : Memanglah. Kan tadi takde karen.
Syukri : Semua kat tingkat ni kipasnye putar je!
Semua : Habes, kau tutup tak?
Syukri : Tak, aku makin lajukan kipasnya! HAHA
Semua : (gelak sakan)

Kay, hari ni asyik gelak je. Shukri punya pasal lah! Tadi penat hias kelas. Ecehceh, cantik tak ke tak ni? Lol. Macam-macam karenah actually. Mula-mula dah beli untuk sampul meja, akhirnya letak kat notice board sebab banyak yang tak kena. Ape-ape pun semua dah sepakat dan aku rasa itu cukup baik. Semua bekerjasama, rasa bahagia gila. Mungkin ada segelintir yang tak tinjau langsung, dan suka hati korang lah kan.

Yang sibuk menghias :
Shukri, Dikya, Syada, Mia, Ca, Diba, Syara. Dayah, Salbila, Pika, Aiman, Amzar, Adib, Hanif, Luqman, dan AKU! Lain-lain? Pun ade, cuma banyak sangat nak sebut satu-satu! SORRY GILA YA. Btw, sangat suka dengan Shukri sebab dia gila baik dan bertanggungjawab. First time sebagai ketua tak bermakna dia tak boleh diharap. Budak-budak ni terharu sebab dia turun tolong kemas kelas sekali. Kalau monitor tahun lepas? Ish, malas nak cakap. Hakikatnya, semua suka Shukri. Lagipun dia comel! Wkaka 

Jujur aku cakap, aku suka gila tahun 2012 seperti mna aku suka tahun 2011 :)
Mungkin permulaan 2011 sangat mencemaskan aku, tapi ending 2011 sangat baik, Alhamdulillah. Mula-mula aku benci tahun 2011, tapi akhirnya aku sangat sayangkan tahun 2011. Aku sayang 3 Elit 2011 dan aku sudah mula sayangkan 4 Sc1 (Elit) 2012. Budak-budak dari kelas lain pun sangat baik dan sangat bekerjasama setakat ni. Semoga 2012 akan lebih baik dari tahun yang sebelum ni, Ya Allah, Amin :)

Nak masuk ni boleh? 
Hai, saya sangat bengang dan geram di sini. Mula-mula, ingatkan benda ni dah berubah. Tapi masih tak reda lagi masalah ni. Masalah apa? Masalah 'adek-adek' aku. Kay, adek perempuan aku sorang dan aku anggap membe-membe dia yang lain tuh macam adek jugak dah. Aku tak nak menyemak pun. Tapi ya, budak tuh masih carik pasal dengan aku.

Semalam aku ada cakap yang dia buat Middle Finger ken? Okay, aku buat tak faham. Yang takleh blah, masih ada yang menyebelahi budak tuh. Ade ke patut dia cakap aku memang patut dapat middle finger dari budak tuh sebab budak tuh tak suka aku? Kay, itu sangat kebudak-budakan. Aku tak suka budak tuh sebab dia buat hal dan aku takde buat pape pun kat dia. Aku masih hormat dan bersabar setakat ni. Tapi kalau kau apa-apakan 'adek-adek' aku, KAU MEMANG MINTA KAKI. Eh lelaki, aku boleh je pergi depan kau masa kau buat benda tak senonoh depan aku semalam tapi aku tak layan. Sebab? Bukan pengecut, tapi aku berani. Kalau aku jalan kat kau, tengking kau macam orang gila mungkin lebih puaskan? Ohyeahh, nanti kau terkencing-kencing terus hilang maruah kau kan? Oh no, sayang aku tak buat macam tuh semalam. Aku sabar dengan kau sebab aku tahu kau ada masalah mental. Kay, itu penghinaan ke? Entahlah, lu fikir sendiri kay? Lagi satu, kalau ADA BERAN sangat, buat depan-depanlah. Jangan jauh sangat, senang sikit aku nak tengking kau. Lol? Like who cares -_-

Lagi satu, ada yang cakap aku dah berubah? Mungkin YA. Aku berubah ke arah lebih matang dan tak tengking orang lagi. Aku rasa itu cukup baik. Aku terima kalau kau ada yang tak puas hati, tapi masalahnye sekarang? KAU BARU TINGKATAN SATU. Kau rapat dengan kau ke? Dah kawan dengan aku SEPULUH TAHUN ke? Oh lupa, kau tak pernah tegur aku pun ken? Lol. Tak masal-masal nak cakap aku sombong. HAHA, takkan nak tunjuk senyuman setiap masa, nak tergedik-gedik kat orang lain? Kes ni sejak aku F1. 

Mak aku pulak jenis yang tak suka aku tersengih-sengih macam gedik. Biarlah apa orang kata, asalkan ada yang lebih kenal kita. OKAY? THANK YOU w

Tadi balik lepas hias kelas terus call awak guna public phone. Okay, awak terkejut kan? Dan saya sangat gembira bila awak cakap, "Bai, ILOVEYOU," sebab saya dah lama tak dengar tuh sejak hampir dua minggu yang lepas. Esok last jumpa awak sebelum cuti TAHUN BARU CINA. Okay, Ann kita masa raya cina lah wak. Saya benci awak sangat. EH! Saya sayang awak sangat :')

|


Me; Them; Him; Story;


FollowDashboard