★ Am I welcomed in SAMURA? :O;
Saturday, February 4, 2012 | Saturday, February 04, 2012 | 0 notification(s)
Assalamualaikum. Hi, I'm in a process of learning to know SAMURA :')
"Perhatian, kepada Izzah Farhani binti Mohamad Hatta, kelas 4 Jaya, dorm Pujangga 7, sila datang ke Bilik Gerakan Warden sekarang. Anda ada tetamu. I repeat, attention to Izzah Farhani binti Mohamad Hatta, Form 4 Jaya, dorm Pujangga 7, please come to ..."
Hai, baru balik niii! Eh salah, OUTING actually. Balik rumah kejap je, LALALA. Sampai rumah dalam pukul11 dan balik kang lepas Asar. Masa dengar announcement, memang terlompat-lompat! HAHA, over pulak ek? Dua minggu orientasi buat aku penat sangat. 4 JAM je tidur sehari. Btw, STMI dan SAMURA agak berbeza. Eh? SANGAT berbeza kot? HAHA. Aku rapat dengan lelaki sebelum ni. Eh, tapi ada batas lagi lah. Takde pegang-pegang, tapi sangat akrab. Kalau kau SAMURA, talking to boys are not allowed. Boleh memang boleh, tapi benda yang perlu je. Aku akan cuba ikut rules and regulations here! :D
Registered Name :
Setiap junior akan ada AKAK/ ABANG KATIL. Akak/ Abang katil tuh ialah orang yang tidur kat tempat kita pada tahun sebelum ni. Dia akan bagi nama gelaran pada adik katil dia dan nama yang diberikan biasanya ikut LEGASI. Legasi tuh apa? Legasi tuh WARISAN. Contoh, nama Akak Katil aku --> CYLENT. Dan nama senior sebelum ni ialah --> CYRUS. So, registered name aku nanti pun akan start dengan 'CY'.
Hari first aku sampai, sumpah aku takut. Aku rasa nak balik STMI tapi aku tak tunjuk. Mula-mula abah bawak pi HSM dan aku terpaksa lalu kelas form bape tah. Semua terkejut nampak perempuan dalam sekolah lelaki tuh ken. Bila sampai SAMURA, aku dapat sorang KAKAK COMEL! Dia yang jadik 'guider' dan tolong aku untuk pendaftaran. Nama dia, Ummi Atikah dan dia sangat comel. Lemah lembut pulak tuh. Even mak pun suka dia ^^
"ALAMAK! KAMERA DALAM KETE!"
Btw, ingat tak FARAH NADIYA yang hantar inbox kat aku dalam FB? Jyeah, dia satu dorm dengan aku! Gila tak terkejut?! HAHA, Farah sangat cantik dan putih. Keturunan cina dan dia agak 'brutal' lah, HAHA. Dia baik dan aku makin suka dengan dia. F-N budak Nogori! FARRA AZERA? Okay, ini budak macam muka Tiz Zaqyah! Tapi rendah cilik molek, HAHA. F-A dari Tangkak, dekat je! Macam akuuuu. Salwa / Wawa? Kay, dia dah jadi wakil hoki sekolah dah! Gila sehh, dan dia sangat open-minded. Budak PAHANG! Then ada budak baru masuk dua hari lepas, Hanis Syafiqah dari PAHANG gek! :P
Kat sini aku okay je. Tapi ya, sunyi still ada. Aku pura-pura tak kesah dan tak nangis. YA, aku tahan semua tuh. Sepanjang kat SAMURA, aku takde nangis pun. Tapiiii, kelmarin aku ternangis! Ya Allah, aku menangis macam hape seh. Lepas call Shukri, Si Ketua Terbaek tuh aku rasa sebak gila dan air mata mencurah-curah keluar. Aku masuk dorm, aku amek tuala dan nangis kuat-kuat. YA, TAKDE SORANG PERASAN. Then aku amek telekung pastuh nangis kat koridor luar dorm. Lepas solat, aku nangis sikit lagi dan pi toilet, basuh muka. Pastuh buat macam biasa dan takde sorang yang perasan, HAHA.
Caption : Wafiy :')
Hai. Nampak tak gambar atas tuh? Itu Muhammad Wafiy Abd Razak. Siapa tuh? Bukan BF tau, tapi kawan yang aku sayang gila lah. Dia kawan aku masa sekolah rendah, then pindah Selangor masa kitorang Darjah5. Aku still contact dengan adik perempuan dia, pakai SURAT! Classic but sweet, wkaka. Tapi sekarang, pakai FB je, hehe. Aku sayang gila kat Wafiy sebab dulu aku jahat gila dengan dia tapi dia still sabar dengan aku. Thanks bro :')
Apa kaitan dengan dia? Okay, ada sorang budak kelas aku kat SAMURA muka sebijik dengan dia! *tapi lagi comel, hehe*. Nama dia? Ahmad Kasyfil WAFI bin Ahmad Najib, asal Telok Intan Perak! *dah add kat FB pun, wkaka*. Gila lah, nama dia pun WAFI gek. Nasib baik ejaan lain sikit. Wafi ni tinggi, kurus, putih dan hensem. HAHA, terus terang jelah dan dia dah ada awek, so jangan risaulah aku nak kat dia ken? :O . Dia buat aku rindu gila dengan Wafiy. Wafi ni pun sengal gila masa LDK (Latihan Dalam Kelas). Aku ade jugaklah cakap-cakap dengan dia, tapi dalam kumpulan. Itu pun adegan perli-memperli sebab bebudak ni ejek dia muka macam GANGSTER, wkaka.
THATS ALL.
HEY STMI, I'M FINE. Sincerely, I'm nothing without you guys. Please don't ever mention that I'd forgot you. I'd still remember you guys. And yah, I'd put a picture in a frame of you guys in my locker! SEE? I REALLY LOVE YOU :')






- Introduction - 




