★ The Story Behind 'Puisi Dalam Lagu' :');
Sunday, May 27, 2012 | Sunday, May 27, 2012 | 1 notification(s)
Assalamualaikum :)Afi Hazim - Pianist & Composer
Amir Khalis (Ayyob) - Penulis lirik & 'my duet'
Izzah Farhani (ME) - Penyanyi
Adibah Yasmin (Seyrin) - Penyajak
Ainuddin (Besut) - Gitarist
Taqiuddin (Dedak) - Drummer
Pada tanggal 24/5/2012, aku dengan tak sengaja termasuk Pertandingan Puisi Dalam Lagu sempena Festival Seni Warisan dan Muzik. Acapella, Zapin dan permainan tradisional pun diadakan jugek. Kitorang dah di-push dengan segala usaha dan bila petang nak bertanding tuh, ada yang cakap kitorang lari konsep. Sajak dengan lirik lagu takleh lain. Ohmaigucci, Amir / Ayyob si duet start mengamok sebab mula-mula cakap boleh lain-lain. Tuh semua hasil lirik dari dia.
"Janganlah macam ni. Janganlah mengamok, nanti aku nangis,"
Tapi dia makin kuat, nak pecahkan segala benda. Aku terkejut, air mata dah keluar. Okay, memang sangat tragik. Aku pi toilet dan dipujuk oleh Penolong Ketua Rumah, budak dorm aku jugek tuh. Yang bestnya, our composer, Mr Afi sangat bertenang.
"Takpe, semua ni boleh tukar. Ingat weh, kalau kau mengamok pun takde guna. Sekarang, kalau lagu kita sedap mana pun tapi lari konsep automatik jatuh number 4 Yobb,"
Aku sangat admire cara Afi. Sies, dia antara laki paling gentleman dah hampir perfect kat sekolah. Semua jeles dia masuk Pujangga (rumah kuning). Dia pernah duk kat oversea, England. Tuh cara dia agak kebandaran dan dia memang open-minded. So, petang tuh aku pujuk Ayyob yang demam dan dah telan 3/4 ubat batu dalam satu masa tuh. Yes, everything went fine then :)
Kat sana, perempuan takleh nyanyi depan laki. So, aku kena pakai MASK. Yes, thanks pada Timbalan Penolong Ketua Rumah. Sangat comel lah itu mask :') Ohyeah, aku gigil gila tau tak? Cuma Obam (Ketua Rumah) je yang ada dengan aku kat belakang pentas. Lain semua kat bawah. Obam buat lawak supaya aku tak nervous. Thank you atok. Aku lupa dua line aku kat atas dan Ayyob coverkan! Thanks sangat weh :')
Caption : I am Pujangga :)
PALING LAWAK.
Aku jatuh masa amek hadiah. Kasut aku tertanggal dan tertinggal kat tangga. Uihhh, bapak segannnnn! Rupanya ada yang tak pasan. Ada yang tak nampak. Ada yang tak kenal aku siapa. Yelah, kat sana aku bukan fofularrrrr. Wuuu :'P
Esoknya, Wafi datang kat meja aku, "HANI, KAU OKAY TAK?". Then aku nampak dia macam gelak-gelak. Err, aku jadi geram sangat seh. Mula-mula okay lagi sebab dia tanya aku apa jadi semalam. Dipendekkan cerita, aku TER-TERNGKING dia dan dia terdiam. I mean, SATU KELAS diam dan pandang kitorang.
"KAU PESAL?!"
Okay, ayat aku ganas sangat ke? Dia cuma cakap, "Dahlah, aku malas dok sini lagi," dan blah. Err, sory beb. Aku TER-emosi niii. Ekceli, aku dengan dia dah banyak kali gaduh ni. Sampai dia pernah cakap, "Takde guna aku maafkan kau ke tak sebab aku tau nanti kau buat lagi,". Ayat tuh buat aku hilang mood dan rasa nak keluar sekolah tau tak --'
Bila kitorang gaduh, semua tak berani masuk campur. Okay, aku minta ampun sangat. Hari Jumaat baru dia bitau aku,
Wafi : Kalau kau bukan perempuan, memang kau sakitlah. Tiba-tiba je nak tengking aku. Aku sabar je.
Aku : Yang kau gelak-gelak asal?
Wafi : Bila aku gelak?
Aku : Kau tutup mulut kau
Wafi : Takleh?
Aku : Aku terasa kay.
Wafi : Aku memang nyirap gila nak mampos lah semalam.
Aku : OKAY, SORYYYY. Tapi, kau kena faham. Semua asyik cakap pasal jatuh tuh. Mana aku tak ngamok?
Wafi : Eh, kau ingat tak kau pernah cakap dengan aku yang aku patutnya gembira? Semua orang kisah pasal aku? SEBAB TUH LAH AKU TANYA KAU OKAY KE TAK.
Aku : (terdiam)
Caption : Baju putih tuh male twins saya :) / WAFI.
Okay Wafi, thanks. Aku tak sangka kau memang kisah pasal aku. Kau cakap kau terkejut bila aku jatuh dan langsung tak gelakkan sebab kau kesiankan aku. Aku salah. Aku tak patut jerit suka-suka hati aku. Aku cuba jaga attitude aku lepas ni. Mak aku pun pesan jangan sakitkan hati anak yatim. Lagipun, kau pun dah jadi macam anak mak aku. Thanks jugak sebab jaga penanda buku yang mak aku bagi dengan baik sampai sekarang. Kay, fullstop :')






- Introduction - 




