Everlasting;


My New Term :'D;
Friday, July 6, 2012 | Friday, July 06, 2012 | 0 notification(s)
Assalamualaikum. Hai, saya penat gilos berjalan selama sepuluh minit, ditambah menunggu selama sejam dan berjalan lagi selama sepuluh minit :O

Caption : Me getting fatter --'


Aku : Assalamualaikum,
Mak : Waalaikumussalam,
Aku : Mak, akak tipu mak.
Mak : Haa?
Aku : Kan akak kata akak nak mak amek pukul 5 petang kan?
Mak : Haa, kenapa?
Aku : Akak ingatkan nak buat suprise, tapi tak sedap hati bila menipu. Akak nak cuba naik bas esok, nanti balek rumah, SUPRISE! Haha
Mak : *gelak



Minggu ni ada SIKSEF. Program antarabangsa yang melibatkan sekolah dari luar negara, iaitu Brunei, Hong Kong dan Indonesia. Dalam 13 buah sekolah akan ada. So, aku terlibat dalam persembahan koir tapi untuk majlis penutup, hari Ahad. Budak form 4 diwajibkan balik kecuali yang terlibat. Mula-mula rasa nak gugur jantung tapi nasib baik budak koir form 4 diberi kelonggaran. Dapat jugak aku balek, tapi kena datang awal pagi pada hari Ahad pulok.

Caption : Gotong-royong sempena SIKSEF.

PERTAMA KALI NAIK BAS DARI ASRAMA >.<

Okay, pukul 10 pagi aku dah gerak balek ke asrama dan tinggalkan koir. Thank you kak Kayra :) . Lepas siap packing bag dalam pukul 10.30, aku gerak pi pondok jaga. Dari asrama puteri ke pondok jaga, mengambil masa 10 MINIT bila berjalan kaki! Err, dengan beg berat segala, aku jalan sorang-sorang dan dah rasa macam merentas desa dah ni.

Lintas sorang-sorang dan bus stop untuk menuju ke rumah agak jauh dari asrama. Sepanjang pergi ke bus stop, ayat kursi je sebagai peneman. Duduk sorang kat bus stop, then ada sorang akak datang. Yes, ada jugak kawan! Dia dari SMS M jugak cuma dia nak pi Segamat. So, ada lah peneman bual ken ken ken. Dalam 30 minit lepas tu, datang lagi 4 orang. Semua menuju ke Segamat. Aku je lain destinasi. Tak lama lepas tu, ada orang tua pakai baju compang camping datang dengan batang rokok yang terbakar kat jari. Okay, orang g*** ni. Ya Allah, semua buat muka cuak. Dia jalan arah aku, aku pun alihkan beg dan bagi dia duduk. Aku baca lagi ayat kursi, semoga Allah bagi perlindungan dari segala bahaya.

Akhirnya bas datang selepas berminit-minit kami menunggu! Oh yeah, aku cakap nak pi Sungai Mati dan pakcik bas tu angguk. Tapi, lagi 5 orang yang nak pi Segamat terpaksa naik bas lain sebab bas tu tak lalu Segamat. Kbai, thanks temankan selama sejam :D

Duduk dalam bas, rasa penat gila tapi tahan je mata dari terlelap sebab takut terlepas pulak. So, bila dah sampai simpang, terus turun. Aku terpaksa lalu kat deretan kedai dan meredah orang yang memerhati. Ada 4 orang budak laki pakai baju oren + hijau kat tepi. Okay, agak-agak baju pekerja apa? Korang mesti boleh teka en? Diorang tanya aku budak sekolah mana. Huish, jangan nak jawab, pandang pun tak berani. Then diorang bengang sebab pakcik kat Warung K ni tanya aku, aku jawab. Eh, sebab aku kenal pakcik tuh lah aku jawab. Err, sabar-sabar --'

Teruskan perjalan ke rumah dengan berjalan kaki selama sepuluh minit! Bila dah nampak tulisan, "TAMAN PERMAI", rasa macam nak lari instead of jalan kaki. Ohyeah, rasa lain bila balek rumah naik kereta dengan naik bas. Lebih rasa bersyukur dan nikmat bila naik bas whoa. Bila masuk taman, jiran sebelah lalu dengan kereta. Alhamdulillah, dia tumpangkan. Thanks Cikgu Zainal :)

Ok, nak rehat!


Aku : Abah, satu jam akak tunggu kat bus stop tunggu bas.
Abah : Padan muka, sape suruh naik bas?
Aku : Takpelah, best apeee
Abah : Duduk dengan Hakim. Abah buat milo ais.


p/s : Kena hafal dua lagu nasyid dalam masa dua hari dan satu lagu lagi dengan not yang betul untuk lagu koir. Itu belum masuk homework lagi en --'



|


Me; Them; Him; Story;


FollowDashboard