Everlasting;


Ya Allah, sembuhkan kawanku :');
Saturday, July 21, 2012 | Saturday, July 21, 2012 | 2 notification(s)
Assalamualaikum semua. Hai, nak story sikit eh?

Caption : Salwa and Me :*

Rabu - 18/07/12 (malam, lepas waktu prep)

Lepas call mak, aku terus pi musolla dengan niat nak solat Isyak. Masa kat simpang nak pi musollah, aku nampak ramai sangat kat depan bilik warden. Okay, semua Pujeng Seven ni. Aku terus pi dekat, aku terkejut tengok Salwa kena papah dan nampak tak bermaya langsung. Eh, kenapa ni?
Aku : Kenapa ni?
Ustazah : Haa, yang mana baju lengkap lagi, temankan dia pergi klinik.
Nisa : Hani, kita ni tak solat lagi tau.
Aku : *terus papah Wawa
Aku dengan Seyrin temankan Wawa pi klinik. Dalam kereta warden, aku rasa nak nangis tengok Wawa. Baru petang tadi aku nampak dia lompat jauh. Ni, tiba-tiba tercungap-cungap takleh nak sebut apa-apa. Ya Allah, macam mana boleh jadi macam ni? Klinik depan sekolah tutup pulak! Err, kena jalan jauh lagi ke ni? Alhamdulillah, ada lagi satu klinik lepas traffic light berdekatan. Keluar kereta, aku daftarkan Wawa. Bila doktor check, suhu Wawa dah sampai 39.7 degree celcius! Kalau 40, dah boleh gila tau tak. Lepas doktor dah check, Wawa disyaki terkena jangkitan paru-paru. Ya Allah, hebatnya dugaan yang kau berikan. 

Malam tu, Wawa kena tidur dalam sick bay sebab dia mesti dikuarantinkan. Satu je batuk, semua orang boleh terjangkit. Tapi, aku dengan Seyrin tak sanggup nak tengok dia sorang-sorang kat situ. So, aku, Seyrin dengan Winara temankan Wawa. Malam tu, ubat segala dia akan muntahkan balik. Ya Allah, aku tak sanggup tengok dia macam tu. Tapi, yang paling touching, ramai datang melawat Wawa kat sick bay. Budak dorm lain, budak blok lain pun ada. Tengoklah Wawa, semua sayangkan kau. Tiba-tiba Wawa cakap dia sakit kepala yang teramat. So, Kak Cylent tanya siapa pandai urut. Aku rasa aku boleh, so aku tolong. Masa aku urut kepala dia, aku bacakan selawat supaya Allah tolong kurangkan rasa sakit dia. Alhamdulillah, dia diam dan dapat tutup mata. Tapi, tiba-tiba air mata dia mengalir. Ya Allah, cukuplah. Aku tak sanggup tengok dia macam ni. Lepas tu, kitorang Al-Mulk dalam sick bay.
Lepas Wawa tidur sejam, aku kejut dia dalam pukul 12.30 ajak solat Isyak sama-sama dengan aku. Aku, Seyrin dengan Wina tolak dia dalam wheelchair dan lawak gila bila wheelchair tu berbunyi macam ada rentaknya sendiri, haha. Aku suruh dia solat duduk tapi dia nak jugak solat berdiri. Okay, takpe kalau dia mampu. Then malam tu kitorang tidur kat sayap kiri dan dia kat sayap kanan sebab takut terkena jangkitan.

Khamis - 19/07/12 (pagi)

Esok pagi, jam loceng dah bunyi tapi aku matikan balik. Nasib baik Kak Ba-ker ada. Dia kejutkan kitorang. Lepas dah siap-siap nak pi sekolah, semua turun tengok Wawa sebelum pi sekolah. Aku minta izin pengawas nak pi sekolah lambat sebab nak jaga Wawa. Pengawas kata, sorang je boleh teman kan dia. So, aku lah yang tinggal. Aku nampak semua risaukan Wawa, tapi kebanyakan junior yang lain tu anak bongsu. So, diorang tak tahu nak jaga sangat kot. Takpe, biar aku yang cuba jaga. Kak Cylent pi sekolah lambat sikit walaupun dia patutnya ada exam sebab tolong Wawa angkat wudhu'. Kak Cylent sapukan wudhu' untuk Wawa dan lepas tu kitorang pakaikan telekung untuk dia. Lastly, Wawa solat dalam keadaan baring. KENAPA? Sebab dia dah tak boleh duduk. Sekali duduk, dia muntah. Sampai lantai pun ada muntah dia. Aku carik mop, aku mopkan. Takpe, ini untuk kawan.
Bila warden sampai, warden marah sebab dia tak makan ubat. Akhirnya, aku paksa dia dalam keadaan yang lembut dan bagi dia makan roti bersama ubat. Dia tidur sekejap, tapi lepas tu dia muntahkan balik. Nampaknya, ubat dah takde effect untuk dia. Badan Wawa dah makin lemah sebab dia dah takde tenaga langsung. Lepas call akak dia, warden ambil keputusan untuk hantar dia ke rumah makcik dia yang berdekatan. Aku ikut sampai ke destinasi. Petang nanti abang dia yang ambil.

Aku rasa aku demam sekarang. Mungkin berjangkit dengan Wawa, tapi InsyaALLAH tak teruk. Pape pun, ini antara pengalaman aku paling real dalam membantu orang. Pada Syada, sory tak pernah buat macam ni untuk kau :')

SEKARANG, KEADAAN WAWA MASIH BELUM DIKETAHUI.
Ya Allah, aku bermohon kepadaMu supaya kau sembuhkanlah dorm-mate aku ni. Sekarang, dia bukan Wawa yang aku kenal. Wawa asalnya seorang yang sangat aktif dan wakil sekolah dalam mana-mana acara sukan. Tapi, sekarang duduk pun dia tak mampu. YA ALLAH, SEMBUHKANLAH SALWA. Amin :')

Sory, ini je yang mampu aku buat untuk kau. Cepat baik okay? 
Pujeng Seven rindu gila kat kau :*



|


Me; Them; Him; Story;


FollowDashboard