Everlasting;


Kita lebih sayangkan Allah kan?;
Thursday, November 22, 2012 | Thursday, November 22, 2012 | 0 notification(s)
Assalamualaikum wbt.
21/9/12 mungkin satu tarikh yang aku akan ingat sampai bila-bila, InsyaALLAH.


Agak-agak awak ingat tak masa pertama kali kita kenal? Kelakar kan? Saya baru tau nama awak masa akhir tahun tingkatan tiga. Lepas PMR baru kita kawan. Ingat tak tarikh 23 Jun? Itu birthday saya dan tarikh couple kita pada 23 Nov. Masa tu awak sengaja ajak saya tepat 12 malam. Awak, even kita baru couple, kat sekolah pun segan nak tegur. Masa tu saya bengang dengan awak tapi saya tau awak baik. Awak dah lalui banyak sangat benda setiap kali nak jumpa saya. Awak accident, kaki terseliuh dan macam-macam lagi. Masa tu, mesti je ada halangan bila kita nak berjumpa. Tanda Allah sayang kita? Itu pasti. Awak ingat lagi tak sebelum saya masuk asrama? Awak cakap awak nak saya stay dengan awak sebab awak sanggup tak pindah sekolah agama berasrama macam akak awak sebab saya. Ingat tak? Ok, masa tu saya terharu sangat. Awak ingat tak masa saya main-main saya nak pindah? Awak merajuk dengan saya. Awak ingat tak bila saya rasa nak pengsan bila saya tau saya dapat SBP? Menggigil saya bila nak beritahu awak. Awak ingat tak bila saya terkejut awak pusing belakang dan menjerit kat tangga depan kelas saya bila saya cakap saya dapat SBP? Saya tak tentu arah wak. Awak ingat tak saya ada bagi awak kapal terbang kertas warna merah dan ada tulisan 'SAYA SAYANG MUHAMMAD SHARIFFUDDIN SHAUFI MOHAMAD NOOR'? Saya selalu tertinggal 'Double D' kat nama awak. Agak-agak awak simpan lagi tak? Ehem, awak jaga elok-elok tak baju yang saya bagi tu? Awak ingat tak masa date pertama kita kat luar? Awak pakai baju saya. Kalau boleh, setiap masa awak nak pakai kan? Ok awak gedik sangat. Awak ingat tak masa tu saya bawak kerja Add Math saya dan suruh awak jawab? Kawan-kawan saya semua cakap saya merepek. Awak ingat tak lukisan-lukisan awak dalam buku Mickey Mouse saya tu? Macam budak-budak, tapi comel. 

Caption : My last day in STMI :')

Awak, awak ingat tak bila saya cakap saya nak putus? Sebenarnya saya belum bersedia :')
Hari ni 23/11/12 dan kita sepatutnya sudah setahun bersama.

21 SEPTEMBER 2012.
Kat asrama, lepas mak sampai dan Aisyah sampaikan pesanan ‘maaf’ daripada Opie, aku terus call dia. Sebenarnya, aku tau kenapa dia minta maaf. Sebelum ni aku ada bincang dengan dia dan dia macam nak tak nak dengar apa yang aku cuba sampaikan. Bila aku bengang, aku matikan talian. Aku bukan nak bincang benda remeh tapi ini antara perkara paling penting dan usaha aku untuk jadi lebih baik. Aku nekad untuk putuskan hubungan walaupun itu perkara paling pahit bagi aku.

Duit syiling dimasukkan dan tiba-tiba aku rasa takut. Entah kenapa, bila aku dengar perkataan jawapan salam dia, “Waalaikumussalam,” hati aku jadi rindu sangat. Suaranya sangat tenang. Dia cakap dia baru lepas main ping pong kat rumah jiran aku dan masa tu aku rasa aku perlukan dia. Hani, kuatkan hati.

Aku : Hani nak bincang ni,
Dia : Oh. Pasal tu ke?
Aku : ‘tu’ tu ape?
Dia : Entah.
*masing-masing gelak.

Aku : Opie tau tak hani nak jadi naqibah?
Opie : Tak tau pun. Hani tak cite.
Aku : Emm, Hani nak jadi orang yang lebih baik.
Opie : Baguslah kalau macam tu.
Aku : Hani buat semua ni bukan sebab orang lain.
Opie : Ok.

“Hmm, Hani buat semua ni sebab......... Allah,”

Air mata tiba-tiba mengalir keluar tanpa diminta. Suara cuba dikawal supaya dia tak tau aku menangis di talian. Bila aku sebut ‘kerana Allah’ , itulah perkara paling ikhlas aku sedang pertahankan. Ya Allah, kuatkan hati ini.

“Alhamdulillah, jadi orang yang lagi baik eh?”

Senyuman terukir. Ya Allah, dia sangat tenang. Dia sangat memahami. Aku tak sangka dia boleh bagi jawapan yang sangat sempurna dan buat aku lebih kuat. Aku sangat sayangkan dia Ya Allah. Terbukti dia berhak dapat yang lebih baik dan sempurna daripada aku  sebab dia sangat baik. Dia sanggup lepaskan aku dan buang perasaan pentingkan diri. Dia terima keputusan aku dengan hati yang terbuka dan tidak merungut sekali pun.

“Opie ingatkan nak tunggu sampai 23 September. Tapi, takpelah. Takdir.”

23 haribulan? Air mata dikesat lagi. Aku sedar ada orang yang perasan aku menangis kat public phone. Biasalah, kat asrama semua nak guna public phone kan? Aku kesat air mata dan harap dia tak sedar. Aku pura-pura selamba dan tahan suara sedu sedan aku. Ya, dia takkan tahu.

“Hani. Jangan nangis tau.”

Aku tersenyum lagi. Ok, dia dapat rasa ke? Aku gelak je. Aku tau aku boleh. Ya Allah, ini jihad aku.

“Kak Cylen kata, kalau dah takde pape, kita masih boleh contact, boleh jumpa, takde masalah.”

Air mata mengalir lagi. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Dan, Opie balas.

“So, kita dah takde papelah ni? Aaahhhhh... (gelak tiba-tiba), kawan? Eh? Eh? Eh?”

Ya. Itu memang pasti. Kita kawan. Kawan tetap kawan. Kawan akan tetap ada untuk kawan. Hani akan tetap ada untuk Opie. InsyaALLAH.

“Kirim salam semua, family semua eh. Cakap dengan diorang, Hani minta maaf. Tau?”

Ya, awak tau tak pipi saya dah basah sebab ni. Awak sedar tak saya sayang awak? Awak, saya memang sayang awak tapi saya cuba pertahankan prinsip ni. Saya nak tunjuk yang saya masih lagi cintakan Allah berbanding makhluknya, InsyaALLAH. Awak, maafkan saya.

23 September 2012.
Saya sedih bila awak cakap awak cerita kat kawan awak saya mintak putus sebab PEPERIKSAAN. Awak, saya menangis lagi wak. Awak, saya putus bukan sebab awak atau exam atau orang lain. Tapi sebab Allah. Hanya sebab Dia wak. Tolonglah faham keadaan saya :')

SEKARANG.
Kita kawan je. Ya, kawan. Saya dapat terima dan awak pun sama kan? :') Awak awak awak, saya rasa agak selesa untuk berbual lebih gila-gila kat phone dengan awak.

Him : Eh simpan lagi buku tu tak? Ke dah bakar? Buang?
Me : Bagi makan anjing.
Him : Ehhh kurang hajaaaarr....
Me : HAHAHAHA! Gurau lah. Gila ke? Simpan okayyy.


"Gambar Hani kat dalam memory Opie ada 20. Susah whoa nak dapat, takkan nak buang! Name tag hani pun Opie still letak kat pencil case, atas tu nama Opie. Dompet yang Hani bagi pun elok lagi. Opie still pakai,"

Awak, saya tersenyum. Tapi ya, ini ayat saya.

"Opie, Hani minta maaf kalau ada buat Opie terkecil hati ke apa ke. Halalkan makan minum Hani. InsyaALLAH Opie akan dapat perempuan yang lebih baik daripada Hani,"



Awak antara lelaki paling baik yang pernah hadir dalam hidup saya. Awak sangat hormat pada orang tua dan awak bukan jenis yang akan melenting bila ada masalah. Future husband? Ya, kalau Allah izinkan maka awak tercipta untuk saya. Tapi sekarang mungkin bukan masanya. Dan jika tidak, saya doakan awak bahagia dan saya harap awak juga akan doakan saya :')

|


Me; Them; Him; Story;


FollowDashboard