Everlasting;


The Last Week in SAMURA :');
Sunday, November 4, 2012 | Sunday, November 04, 2012 | 0 notification(s)
Assalamualaikum. Hi, I've just went home this evening at 4p.m. I'm suppose to be home in Friday but I've late two days for my holiday --'


Caption : Yes, kami beli bangle yang sama. Comel kan? :')


FINAL WEEK IN SAMURA.

Ahad 28/10/2012.
Malam – Prep malam yang saaaangat bosan dan gila free. Ohyeah, bual dengan Shida je sebab Fatin tak sampai lagi dari Kedah dan Hanis pun belum tiba dari Penang >.< 

Caption : Hai, ini pakaian saya di SAMURA :)

Caption : Rashidah Sarbaini yang cun :P

Caption : Ohyeah. Ini deskmate saya di 4Jaya, Haemin :)

Isnin 29/10/2012
Pagi-pagi kena pi Dewan Makan tercinta. Ohyeah, pengetua bagi taklimat dan paling mengejutkan di sebalik KEGEMBIRAAN BERCUTI AWAL, semua penjaga pelajar tingkatan4 wajib buat surat permohonan pulang awal. Err apa? Ulang balek? --'

Then ada Prgram Azam dalam pukul 8.30 pagi. Paling best? Penceramah tu bagi tips STUDY LAST MINUTE. Wahhh, macam sesuai dengan kita semua ek?m Keke. Penceramah dia best gila she taaaapiiii aku boleh tertidur! Wahaha, tapi sekejap je. Sekejap je ke aku tidur? Hehe. Ok, yang penting dia kata kita mesti jadi yang BERPANDANGAN POSITIF. OKAY? Ok, bagus. Pastuh, program RESTU untuk Form5. Form4 masuk kelas. Buat apa? Huh aku dah tak tau dah nak buat apa. Rasa macam free gila sampai nak terjun bangunan. Eh? Apa aku merepek ni? Hehe. Petang tuh? Waktu riadah dah takde hal sangat dah. Cuma Bazzie, dia pi PBSM untuk pulangkan barang-barang kawad kaki. So, Junior Pujeng Seven yang lain pun melagha bersama-sama lah! Jalan sampai kat padang hoki lagi satu tu haa. Ok rasa macam heaven sebab dah takde benda nak fikir lagi dah. Alhamdulillah, tak sangka dah nak habis sekolah. Pastuh prep malam terasa kebosanan yang agak parah juga. So? Lepak kat meja tengah untuk dapatkan angin yang dialunkan kipas, lol. Aku try buat folio chemist tapi ramai pelik dengan aku. So? Diorang pengaruh aku dan aku siapkan satu page je, keke. Lepak dengan budak-budak ni dan cerita pasal bakal-bakal suami dan isteri diorang. Lol, merapikkkk gila kan? Malam tuh pulak main TRUTH OR DARE! Ok, kelakar bila Bazzie dengan Bascy kena buat DARE. Tulis Pujeng Seven pakai kepala dengan punggung. Pastuh, kena menari lagu Nobody lah pulak. Aku rakam benda tu dan gila lawak. HAHA X)

Caption : Hi, SAYA CYKAY :)
Caption : Sayang gila Bazzie takde :(


Caption : Saje je mosaic, hehe.

Caption : Bascy, my sweetheart :*

Caption : Shida snap!

Eh BTW, hubungan aku dengan Waffle sangat-sangat rengang sekarang. Tiba-tiba dia tarik kerusi dan duduk sebelah aku dengan jarak 1 hasta malam tu. Ya Allah, aku rasa debar sebab aku takut dengan dia. Then aku tulis kat buku nota aku,

“KAU MARAH AKU KE?”

Him : Eh? Kenapa pulak aku nak marah kau?
Me : Yelah. Alah semua orang cakap…
Him : Hah! Percaya cakap orang lagi. Percaya, percaya, percaya.

Ok. Kau comel. TAPI, kita start tak bercakap semula malam tu :')

Selasa 30/10/2012
Pagi tu semua dah kemas loker kat kelas. Ohyeah, loker tercinta dan kena kosongkan?! Ahh nightmare seh. Hm, macam biasa lah ada yang terletak buku kat merata-rata tempat. Tertukar-tukar orang dan blah-blah, haha. TAHNIAH PADA FATIN sebab jadi PENGAWAS SPBT, whoaaaa :P
PREP PETANG tiba-tiba ada perjumpaan naqibah dan aku tak dapat tolong Kat Knoe-tee angkat barang-barang dia. SORRY GILA kak! :(
Lepas prep malam? Paling lawak lah kena mop lantai koridor lagi. Haiiihh, macam biasalah SI ADZFAR tu buat kuih kat situ, haha. ADZFAR tu kucing yang ada kat Aspuri. Yang lawaknya, ADZFAR tu nama Ketua Pengawas kitorang tahun ni, haha. Lepas bersihkan benda yang menggelikan tu, kitorang main TWISTER depan tangga! Siapa kitorang tu? Budak-budak Pujeng Seven lah! Thanks to Shasha Sarjen Five sebab pinjamkan, hehe. Sampai pukul1 main benda tu! Malam tu jugak Shida cross block untuk jumpa aku. Wah, rindu sangat ke? Hehe. Ok tak, dia nak aku gantikan tempat budak-budak BIMAK sebab aku budak Muar. Yelah, sebab kau kawan aku, aku accept. Cehcehceh.

Caption : Aina buli aku dan semua budak kelas Tegas tengok, haha --'

Caption : TWISTER TIME!

Rabu 31/10/2012
Pagi tu? Dapat beberapa result pekse. Macam biasa, ada turun naiknya. Aku redha dengan apa yang aku dapat. 5A pun cukuplah ni :') TAHUN DEPAN BUAT BETUL-BETUL HANI! 
Paling menyedihkan, start hari ni tiba-tiba kelas aras kitorang TAKDE LETRIK. Oh, kelas yang digunakan untuk peperiksaan takde letrik? Ini sangat mencurigakan, lol. Yeahh, terpaksa merempat pada waktu prep malam. Bayankan semua orang ada kelas masing-masing dan sangat bebas untuk bersuka ria tapi aku? Lol, terpaksa terdampar di taman bersama rakan-rakan sekelas yang lain. Itu pun bukan semua. Last sekali? Pi DEWAN MAKAN. Yeah, dengar cerita h**** pulak. Ahh berlagak macho je aku ni, keke. 


Caption : Hi, gaya merempat yang cool kan? x)

Caption : Zikry dan Fitri.

Caption : Firdaus (IBruno) dan Firdaus (Hana).

Caption : Hana jadik model aku, haha.

Caption : Zikry, pandang sini! :P

Caption : Shida and mehh :)

Caption : Mendengar cerita dengan tekun :O

Caption : Hana start cerita dan part dia memang menakutkan T_T

Caption : Haha, nak tumbuk Zikry tapi tersasar je --'


Khamis 1/11/2012
Pagi tu aku tertidur masa baca Kabus di Perbukitan, haha. Then bila terjaga, Shida ajak aku teman dia pi Bilik Best II sebab nak hantar markah Add Math kat Cikgu Intan. Wah, kena siap pakai email. Maju cikgu aku ni, lol. Sempat lah jugak aku online segala, hehe. Then? Pi kejap kat library sebab semua budak 4 Jaya pi sana sebab library SEJUK! Ada air-cond! Bila dah pukul 1, dekat satu kelas tidur! Ok, sangat comel tu, keke. Waktu prep petang? ICE-CREAM TIME! Weee semua budak Jaya makan ice-cream, best gilaaa. Petang tu? Semua pakai baju Pujeng, hehe rasa bangga tiba-tiba.Waktu prep kena merempat lagi! Kali ni nak main TRUTH OR DARE tak jadi. Then, kenakan sorang budak dorm Zikry, ajak main GAME HOBI. Sumpah kalau mangsa tu sporting, game tu akan jadi lawak gila nak mati, HAHA.

Caption : Iffah tak sabar-sabar! Haha :P

Caption : ICE-CREAM!

Caption : Ok, diorang memang comel gila T_T

Caption : WE ARE PROUD TO BE PUJENGS!

Caption : Putih gila Iffah ni --'

Caption : Okay, terbukti GAME HOBi ni memang lawak gila. lol :P

Caption : Hahh! Terry dengan Zikry buat apa tuuu? :P

Caption : Me and Shida, again :)

Caption : Al-Mulk terakhir untuk junior :')

Caption : Bazzie, my bedmate dan Kak Knoe-tee yang comel :')

Jumaat 2/11/2012
Semua orang balik lepas waktu sekolah. Ohyeah, aku mengada pakai baju outing sekali, hehe. Time semua balik tu, agak sedih lah jugek. PADA SEMUA JUNIOR PUJENG SEVEN, JANGAN LUPA BUAT HOMEWORK! Then dalam pukul3, pi KFC jap dengan Bazzie dan S-O. Thanks Fee-b sebab belanja! Nasib baik dapat keluar kejap. Thanks pada Cik Guard! Hehe. Masa tengah order, aku rasa macam kenal je suara orang belakang aku. Tiba-tiba dia tegur, "Banyak kau beli Hani?". Ohyeah, itu KAMAL HAFIZ! Kawan kelas aku yang 'comel', hehe. Masa aku tengah makan, aku ternampak Waffle and the gang datang pulak! Nasib baik aku dah nak siap. Aku terus basuh tangan dan bersiap untuk blah. Then dia nampak aku pulak dah.

Him : Hani, tak balek lagi?
Me : Err balek Ahad. Mak aku ada mesyuarat.
Him : Ohh

Bazzi dengan S-O dah nganjeng aku je. Err aku dengan Waffle takde pape ok --'
Malam tu? KEMAS KATIL! HAHA, ruang nampak besar gila dah. BTW, banyak jugak barang-barang yang junior ni tertinggal kat dorm. Malam tu jugak Bazzie dengan Kak Knoe-tee bergambar macam pakwe-makwe. Ok Bazzie memang nampak cam laki, keke. Malam tu junior cuma tinggal AKU, BAZZIE dan FEE_B sebab Bazzie balik lambat sehari dan Fee_b ada hal sekolah.

Caption : Hanis and Shida :)

Caption : Shida dan Wi-nara yang comel :)

Caption : Shida, thanks for the 'kata-kata hikmat' :P

Caption : THANK YOU LAGI SEKALI SHIDA --'

Caption : Ok, akhirnya dapat gambar Siti Zarifah yang comel! :*

Caption : Budaya al-Quran :)

Caption : Me and Fee_b
*masa ni tengah pakai kain batik dan semua nganjeng --'

Caption : Susun atur katil yang sudah berbeza! :O

Sabtu 3/11/2012

BANGUN LAMBAT! HAHA, kat rumah pun aku tak pernah bangun lambat camtu weh. Rupa-rupanya Form5 takde kelas pagituh. Pagi tuh jugak Bazzie balek, Ok Bazzie, jangan lupa buat homework! Then, dalam pukul3, aku pi dewan makan dan buat kerja BIMAK. Pastuh, pukul5.30 pakai baju SARJEN5 dan jadi BIMAK CELUP, haha. Serve makanan segala dan aku saaaangat kekok! Aku tak perasan Waffle jaga nasi kat sebelah aku. Bayangkan budak sekelas langsung tak bertegur! Err apa lah masalah kau ni Waffle huh? --'

Him : Penat tak kerja BIMAK?
Aku : Alah, BKC pun sama penat :P
Him : Okayyyyy.

Then tak bercakap semula. Ish bengangnya aku dengan kau niii --'
Malam tu kena jaga lagi. Mula-mula T-nie ajak aku ponteng tapi aku tak sanggup. Lepas solat Isyak, kitorang pi lagi BIMAK. Serve cikgu-cikgu je. Makan soto je. So, siapa yang takde kerja boleh melepakkkk macam aku. Lachoi dok depan aku dan bersembang pasal Miyyo Azman! Wanna know? Dia pernah bersalam, duduk, bual dan bergamba dengan Miyyo masa TweetFest! Fuhh, semangat, haha.

Caption : Goodbye Bazzie :)

Ahad 4/11/2012

Patutnya aku balek awal tapi Kak Suri mintak aku balek lambat sikit sebab Form5 ada kelas. So, aku ON aje. Lawak ni, aku bangun lambat lagi. Masa nak mandi, aku nampak Fee_b terkejar-kejar kemas baju. Rupa-rupanya dia tersalah info, van nak bertolak ke Terengganu time tu jugak! Kesian gila kat Fee_b! So aku tolong dia pack barang dan segala-gala yang mampu. Dia ada Kursus Kepimpinan kat Terengganu sana. So, goodluck ya sayang :D
Harini Form5 ramai outing dengan family. So, aku makan tengah hari dengan Kak Cylen, Kak Knoe-tee dengan Kak Suri aje. Then, dalam pukul3 parents sampai. Rasa sedih tapi gembira sebab rasa tak rugi dapat  'hidup sebumbung' dengan diorang. 

Pada Kak Nara, jaga tudung yang mak bagi elok-elok eh? Pada Kak Baker, jaga jubah yang mak bagi tu tau! Pada Kak Knoe-tee, simpan eh teddy kecik tu? Pada Kak Seybre, harap akak suka bookmark gambar Gi-Kwang tu, hehe. Pada Kak Suri, harap akak suka tempat letak alat tulis Winnie The Pooh tu. And, pada Kak Cylen tersayang, harap akak suka mug smiley jelir lidah tu, gambar kita yang ber-frame tu dan blaus biru tu. BTW, THANKS FOR EVERYTHING :')
Caption : Disebabkan stick-note asyik tanggal je, aku pakai pin terus! Hehe

Caption : Thankyou Kak Cylen sebab bagi kita guna :')
*Thanks jugak untuk tudung paling MENCAPUB kat aspuri tu. 
InsyaALLAH akan dijadikan tudung legacy!*

Caption : Sory Kak Knoe-tee, ini je mampu kita bagi :')

Caption : Wakafkan pada senior Pujeng Seven! Hehe

Caption : Terharu bila senior sanggup turun bawah dan jumpa mak :') ILY GUYS!

LAST BUT NOT LEAST, GOOD LUCK TO ALL SENIOR SAMURA BATCH29 IN YOUR SPM TOMORROW UNTIL THE LAST DATE. INSYAALLAH, STRAIGHT A+ IS IN YOUR HANDS! DO THE BEST, LET ALL DO THE REST!

Caption : IM GOING HOME, GOODBYE SAMURA :')
*Abaikan tudung aku yang macam hape dah tu, lalala*

p/s : Homework paling banyak dalam sejarah hidup!

|


Me; Them; Him; Story;


FollowDashboard